Selasa 31 Dec bukan main happy lagi sebab esok cuti.
Seronok akhir2 ni keje 4hari je seminggu..
Sultan Selangor besday la, Krismas la. Tahun Baru la..
Plan nak jalan-jalan ke Ikea..
Saja cuci mata.. Pastu plan nak beli beberapa item..
Tup-tup suami kata dia maybe kena g site pada hari cuti tahun baru 1 Jan..
Alahai patah semangat aku..
Moody sekejap..
Moody moody pun tetap aku masak untuk mertua tau!
Tak sempat aku breakfast, aku siap masak lunch awal semalam..
Ala.. masak tumis air sayur petola je & ikan kerisi sumbat, aku bakar.
Pastu goreng ayam untuk FIL...
Jangan lah mintak Nasi Minyak, Nasi Beriani, Nasi Dagang.. aku tak pandai wei..
Lepas makan awal untuk lunch, aku sambung buat bunga telur..
Suami yang dah bersiap nak g site, tiba2 cakap "Jom g Ikea"
Tak jadi g site sebab kerja kat site dah siap..
Berbunga-bunga berfloral-floral hati..
Terus la gerak g Ikea sekitar jam 3 petang.
Full wei..
Ramai betul orang..
Nak beli meja ni.. Siap snap photo bagai dia punya tag.. Tup tup malas nak g cari kat Bahagian Perabot layan diri.. Sebab?
Sebab ramai sangat orang..
Memang la masa tu ada je benda lain yang nak beli sekali selain daripada meja ni..
Tapi taknak tunggu q panjang time membayar nanti..
Baikla aku g beli lepas balik kerja..
Pastu plan nak g makan rib (in case kalau ada), tengok ramai umat manusia, cancel makan.
Turun bawah nak beli yogurt, pun ramai orang, cancel yogurt..
Tengok kat kaunter biskut & coklat xde orang langsung, aku beli la coklat satu..
Terpengaruh sebab pernah nampak kat IG, orang cakap sedap..
Terusla beli satu. RM7.90
Tapi sedap jugak wei..
Habis satu tu aku makan dalam kereta..
Laki?
Makan jugak la sikit.. Kan laki yang tukang bayo..
Lepas macam2 plan makan cancel..
Fujiyama la.
Nandos la.
Kenny Rogers la.
Pasar Malam la..
Ayam pasu la..
Tup tup singgah depan masjid Meru beli roti john & first time try Ayam Cheese (isi ayam)
RM10 untuk 7pcs.
Memang macam mahal..
Tapi oleh kerana semua isi ayam, takde tulang langsung, so kira berbaloi la..
So beli la bawak balik makan kat umah sambil layan kartun anime dalam bilik.
Lagi enjoy.. Iya idok??
Sos cheese dia banyak, puas hati la..
Selingan : Anak sedara kat Terengganu, start darjah 1 semalam. Sara & Aisyah start sekolah hari ni 2hb Jan.
Psst : Korang ada tak jenis yang nak makan kat mana pun tak tahu, last - last makan kat area rumah je?
Ok. Bye
4 comments:
waalaikumussalam. serius sama macam kak, dah jalan ada urusan sampai ke bandar besar nuuu tapi balik makan kat area pekan kampung jugak. hehe
akak memang selalu elak pi ikea time cuti-cuti umum gitu dik oi, memang penuh manjang... ujung minggu kira ok lagi lah kalau sampai awal...
nampak sedap jugak ayam cheese tuh, meleleh kejunya
rindunya nk jalan2 dlm ikea.. hihi
kat teganu manade ikea.. huwaaaa
kalau pergi ikea kena pergi weekdays dan bukan musim cuti sekolah. kalau tak memang jenuh beratur nak membayar. Nak try jugalah beli coklat tu
Post a Comment