Hai semua!
Kalau seorang student, mesti banyak sijil-sijil, dokumen-dokumen penting yang kite simpankan..
Tak kira la segala aktiviti kat sekolah dan universiti dulu, kite join semata-mata nak kumpul sijil..
Pasal ikhlas?? Tu no 2 ok..
Ada sijil akademik, sijil ko-kurikulum, sijil aktiviti luar, dokumen PTPTN, dokumen JPA punya biasiswa dan segala mak nenek kan, so kena ada proper filing la..
Bila dah kawen plak, bertambah pulak sijil... Sijil kursus kawen dan sijil kawen...
Kereta, moto, barang rumah, insurans..
Jom tengok cara aku:
Box ni beli kat tesco masa ada jualan murah gitu haa..
RM7.90
Sayang sejuta million kali sayang sebab aku hanya beli 2 je..
Sekarang baru tahu betapa aku perlukan box macam ni..
Kat Tesco bekas macam ni dah kembali ke harga asal balik..
Sekitar RM12 kot..
Dalam bekas ni aku letak segala dokumen..
Antaranya:
Ada album gambar hadiah kawen
Masih belum terisi dan susun elok-elok lagi isi kandungan dalam ni..
Ingat lagi tak dokumen ni dalam laci meja solek?
So, inilah masanya aku nak filing
Ada file untuk barang selain akademik.
Dokumen dalam file ni aku divide ikut kategori:
1. Kereta - Segala dokumen bank, resit installment kereta, resit repair kereta (yang penting je), dokumen untuk roadtax, etc
2. Rumah - Resit dan warranty perkakas rumah macam mesin basuh, ada jugak resit bayaran bil.
3. Ofis - Slip gaji, medical dokumen, socso, kwsp, etc
4. Moto - Dokumen berkaitan moto macam salinan geran, manual, etc
Buat divider sendiri.
Jimat dan cepat
Fail yang aku beli memang muat2 untuk size A4 paper,
So muat2 untuk box ni..
Buat Labelling jugak untuk fail agar senang nak tahu apa dalam fail tu
Fail Suami ni pulak ada sijil akademik dan praktikal je.
Sijil kawen dia aku simpan dalam fail aku
Aku dah start labelling sikit2
Just guna masking tape sebab senang nak label, nak lekat dan nak tanggalkan kalau dah tak perlu
2box kecik yang dah aku labelling,
Sebelah dia tu album wedding dari photographer
tak tahu nak simpan macamana yang tu sebab berat.
Masih tak sempat nak kemas semua.
Aktiviti ni aku buat dari kul3-5 petang hari Ahad masa suami keluar
Loker plastik ni dah start labelling tapi tak siap lagi sebab tak confirm lagi nak letakkan apa kat dalam loker ni.
Nak kena re-organised semula
Korang punya labelling lagi gempak kan? Kalah aku..Surrender!. WHITE FLAG ~~
Ok.Bye
9 comments:
sy suka gak label melabel ni...selalu print je..tulisan tangan macam doktor...ahaks
p/s fail2 saya ada satu rak khas..nnti senang2 i stori mori ;)
saya punya sistem failing ni masih terbengkalai..tak bersempatan lagi nak menyusun..suka bila dah dilabel..senang nk carik..errmm..tu salah satu projek tertangguh saya..huhuu..nati siap boleh share2..
cantek.. tersusun.. kemas..
aku suke cara ni..
nk buat jugak tp tgu duk umh sndiri nt..
skrg ni boleh buat utk bilik dlu.. hihi
u r systematic lady...
good job! ;)
akak pun ada beli box tesco tu.. tapi sampai sekarang kosong lagi.. hahha.. bila la nak mengemas ni..
wow kagum betul...
Assalam...salam kenal...saya nak tnya rak besi tu awak beli kat mana dan brape harga?
Kalau awak tak kisah , please share..tq :)
haa, dah jumpa dah entri ni...
ye la sama la kita buat, hehe.
cuma hani simpan dalam kotak, nabilah buat display mcm hiasan lak, hahaha...
(xdak kotak sebenarnya, ;))
kalau nak cari frame boleh datang ke kedai kami
size A4 A3 A5 A A A A eh semua ada..hehehe
(^_^)v
Post a Comment