nuffnang

JANA DUIT

Home Organizing : Kemas Loker Baju dan Susunatur baru

Assalamualaikum...


Dari zaman bujang, duk angkut loker warna warni Giant ni sampai la dah kawen...
Mula-mula beli satu, pastu bila dapat tahu  Cik Ezy (ketika itu masih cik..hihik)
Nak stay dengan aku sebilik di rumah sewa Seksyen 7 Shah Alam, makanya aku beli lagi satu untuk Cik Ezy guna...

Haa.. Satu aku beli RM30 ringgit je time tu (clearance) kat Giant Seksyen 7.
Kemudian dalam seminggu dua lepas tu, aku g Giant lagi, ada pulak loker ni yang nak clearance sebab ada straches sikit.
Aku beli lagi satu dengan hanya RM10 sahaja. Sila lah percaya ye kawan-kawan.
Aku kan seorang yang suka mencari yang murah-murah je untuk rumah.

So, lepas kawen baju aku simpan dalam ni.
2 loker aku sorang je berkuasa.
Suami just guna drawer rumah flat dia tu je...

Sebelum ni susunatur dalam loker ni campur aduk.
I means, bila aku dah set bahagian itu untuk baju, tapi bila baju terlalu penuh, so aku kena tumpangkan sikit baju tu ke bahagian boxer or seluar.

Susunatur sebelum ni macam ni:
1. Baju campur aduk
2. Seluar + Kain batik + Sarung Bantal + tuala
3. Baju-baju Suami yang jarang pakai +Cadar yang tersesat + tuala
4. Boxer + Singlet + Kain Dalam
5. Baju campur aduk
6. Handbag

Walaupun ada bahagian-bahagian masing-masing tapi bila satu bahagian tu dah penuh, terpaksa aku tumpangkan kat bahagian lain.
Lama-lama susunatur dalam ni berserabut..

Ada dua perkara yang aku kena buat:
1. Sisihkan baju yang lama (Derma/Buang)
2. Asingkan terus benda selain pakaian aku (Cadar, Kain Batik, Baju Suami Tersayang)


Sisih & Derma

Aku pilih-pilih baju yang aku tak pakai dan dermakan. Antara baju-baju yang aku nak dermakan. Semuanya masih keadaan ok.

Baju ni beli dulu RM5 je pun.
Baju ni dah singkat


Baju padini
Terlalu labuh dan besar.

Baju ni labuh tapi takde lengan.
Aku dulu pakai dengan inner. Sekarang dah bosan nak pakai


Scaft beli masa kawen, tup tup xpakai langsung.
Dulu beli sebab nak warna biru ikut tema
Ntah pe ntah

Lipat dan untuk didermakan

Baju suami hanya dua helai je yang dia tak nak sebab tak muat.


Sebelum g kerja, singgah kat tong "Kitar Semula untuk amal"
Masukkan baju ke dalam tu.

Settle bab derma baju, kemudian barang-barang selain pakaian aku seperti cadar, kain batik, tuala dan baju suami semua aku pindah ke bilik no 2.
Settle. Just tinggal pakaian aku je untuk loker ni.

Okey, Inilah susunatur baru.


Susunatur Baru

Susunatur baru dalam loker tu:

1. Baju lengan panjang
2. Seluar
3. Handbag (Handbag yang biasa pakai)
4. Boxer + Kain Dalam + Singlet
5. Baju Lengan Pendek
6. Handbag (Handbag yang biasa pakai)



Susunan Seluar


Susuntur Baju Lengan Panjang


Handbag


Handbag

Sekarang, tiap kali lipat kain aku rasa sonok sikit nak susun sebab loker dah kemas dan tersusun. 
Tak de dah adegan gigih sumbat-sumbat baju sebab tak muat. Gigih tolak masuk baju walaupun tak muat sampai bergoyang loker. 
Korang pernah macam tu? Aku ada sifat macam tu.


Psst : Loker kecik baju sikit. Loker besar baju mesti lagi banyak.. Percaya lah..

Ok.Bye. 
Xoxo..

6 comments:

ezy.xixii said...

rindu umh s.alam bile tgok loker ni..
hukhuk..
pg msti ckp "gud morning shah alam"

Unknown said...

Salam perkenalan. Done follow. Klu sudi follow back. Tq :)
www.galerifiza.blogspot.com

lipstikmerahyana said...

hehhe... senang kan kalo kita asingkan baju.. sama la macam kita. asingkan baju ikut keperluan/kekerapan penggunaan. hehhe

kemas. comel jer almari warna warni tu.. hehhe

Fizah said...

Wahhh dah tersusun legaaaa sgt tgk kannn :):)

JaJa_NoRLiza said...

jiwa tenang bila urusan kain baju ni setel...sy punya lemari masih lagi tunggang langgang...tgh kerah tenaga nak kemas ni...hikhikhik

surihati said...

hani, tak nak jual ke baju preloved?.. cam comel comel jer baju hani tu..