nuffnang

JANA DUIT

Home Organizing : Rak Kasut Jimat Kos

Assalamualaikum...


Sape masuk blog aku ni mesti perasan yang susunatur dan item kat rumah ni kebanyakan aku DIY sendiri, jahit sendiri, ataupun beli yang murah (lelong, sale,etc)..
Ini kerana tak mampu nak sediakan banyak kos especially masih lagi di rumah sewa kan.

Masa pindah, owner ada tinggalkan satu rak kat rumah tu. Aku rasa dia malas nak buangkan. (Maklumlah tinggal di tingkat dua) Sebab condition rak tu agak uzur dan kotor sikit...
Tapi suami pujuk agar gunakan rak tu semula lepas dia bersihkan masa pindah rumah hari tu.



Nampak tak rak coklat tepi pintu tu?
Itulah rak kasut cum rak segala jenis barang

Rak tu kami simpan :
1. Tingkat atas - Stok barang yang jarang guna, kain untuk lap dapur, stok tisu, kotak bil semasa
2. Tingkat bawah - Dijadikan rak kasut.

Tingkat bawah rak tu hanyalah ada 2 level (2 tingkat) untuk kasut.
- Tingkat 1 = Kasut Isteri
- Tingkat 2 = Kasut Suami



SEBELUM

Rak bawah ni hanya 2 tingkat pepara
Boleh simpan dua baris kasut je la. 
Atas kasut isteri
Bawah kasut suami

Tapi dek kerana setiap tingkat hanya memuatkan 4-5 pasang kasut/selipar je, makanya selalu berhadapan dengan masalah tak muat space. Tapi aku tindan jugak kasut atas muatan kasut yang sedia ada tu sebab tak muat.

Sehinggalah suatu hari aku draw apa yang aku nak suami buatkan untuk rak tu.

Beberapa hari lepas, during weekend takde ke mana-mana makanya suami mulakan kerja pertukangan tu...
Papan dan kayu untuk DIY kali ni kami tak beli pun, kutip yang orang buang tepi jalan kat kawasan rumah.
Kot-kot la nak try and error buat rak, kalau tak menjadi pun tak terasa rugi.
#Jimatdanjagaalamsekitar




Modified sikit rak kasut tu untuk tambah pepara biar dapat isi banyak kasut. So, jadinya hasil macam ni:
1. Tingkat 1 (a) = Kasut Isteri
2. Tingkat 1 (b) = Kasut Isteri
3. Tingkat 2 (a) = Kasut Suami
4. Tingkat 2 (b) = Kasut Suami


SELEPAS
Tinggg!!!! Sudah bertukar jadi 4 tingkat yang indah


So, tiada lagi adegan tindan menindan kasut



Untuk kasut suami jenis boot (tinggi), kami tak buat pepara. Just kekalkan macam yang asal....


SO, TOTAL DIY kali ni adalah FREE of charge..
JIMAT kan duit poket untuk kali ni...
Kebanyakan barang macam paku memang dah sedia ada. Kayu pun recycle.
Btw, sape yang tak mengidam rak kasut ikea yang vogue tu kan..


Ok. Bye.
XoXo

16 comments:

lipstikmerahyana said...

wahh.. jimat ni..suka2.. bagus..

surihati said...

hani.. gud idea ok!! :) memang gigih n rajin arr.. :)

SUHAIDA said...

bagus.hasben awak sbjik cam abah saye.suke diy sendiri

Fahimah Mahayuddin said...

Jimat..kreatif pulak tu! Imahpun duk rumah tingkat 2. mmg mals nak beli barang banyak2 sbb xlarat nak mengangkut bila pindah nnti.

Mama Rocky! said...

wah..good job dik..terbaekkk ")

erranis said...

bestnya cik hani dapat esben yg suka DIY ni hehehe..

Yusai said...

bestnya...betul2 jimat kalau mcm ni.. cayalah!

Rizziela said...

terbaiklah...berguna walaupun dah lama

Kai Ssi said...

wah nice...
abg pnh tgk cerita kat life inspired ..
kat jepun dia buat rak kasut sangat sempoi!

╔════════════════════════╗
My Blog ► http://abgdude.com/blog
╚════════════════════════╝

mamaairis said...

suka bab2 jimat nih...best betol rasanya...

Fizah said...

ada mr handyman..letak apapun jadi..hehe terbaik!!

Cnidaria said...

suka la korang ni...sgt jimat dan kreatif.. tahniah! :-)

puansazusarin said...

Waaaahhhh kretip lah!!!!suke2!!!

MamaDaniel said...

ooo.. ini la keje tukang menukang somi cik hani tu.. hihi.. harus la majuk kalo tak up cerita ni dalam blog.. susah tu... apa pun mmg green projek yang perlu ditabik springggggg
:D

ezy.fia said...

kalo beli rak kasot je dh bpe kangg..
baik buat camni je..
serius korg laki bini kreatif.. haha

Miss N said...

bertuahnya hani dpt husband serba boleh. hani pon apa kurangnya. semoga sentiasa dilimpahai rezeki dan rahmat utk hani sekeluarga.