Bye Bye 2019

Assalamualaikum... Hai Semua...


Eh.. tiba2 dah penghujung 2019.
So, nak trobek what activity done pada tahun 2019 ni..

2019 - Tahun ke6 anniversary suami isteri...
Alhamdulillah, tahun ni direzekikan beli rumah kedua di Kota Damansara. Namun tak boleh pindah lagi sebab masih menjaga mertua berkerusi roda & uzur. Andaikata ada adik beradik suami yang willing nak jaga bergilir2, mungkin kami akan pindah ke Kota Damansara (dekat sikit dengan office sekarang).
2019 - Gigih ber"EAT CLEAN". Pastu sekarang ke laut dalam.. sedalam kapal selam..huhuhu
2019 - First time dapat meraya di rumah mak di Terengganu after 6x turn rumah mertua. Merasa la laki aku raya kat tempat aku tahun ni..hahaha.. Btw, takde adegan nangis di sebalik langsir ye!
2019 - Peristiwa kad ATM hilang buatkan aku lebih berhati-hati.
2019 - 1x saja treatment TTC aku tahun ni. Betul2 aku tak sempat nak kejar cuti sebab banyak cuti aku peruntukan untuk appointment kesihatan mertua. Plan nak buat IUI aku hold.
2019 - Dapat habuan rantai emas dari company. Tahun ni Family Day ni Maps Perak & tahun ni jugak aku berpeluang join dinner company. 
2019 - Dipenghujung 2019, buat permohonan anak pelihara dari JKM.
2019 - Selebihnya aktiviti deko rumah, ulang alik g kedai RM2 dan aktiviti persiapan untuk kenduri kawen adik aku je la bulan Feb 2020 nanti.

2019 - Rutin harian sama, g dressing cuci kaki MIL di Klinik Swasta, g keje, urusan MIL FIL. Progress kaki MIL agak memberangsangkan. Dah hampir 80% tertutup. Tak sia sia kami duk ke hulur ke hilir cuci kaki. Percayalah kalau ko suami isteri jaga orgtua sakit, memang dua dua kena sama2 buat keje. Sorg tukar pampers bapak, sorg masak utk bekalan MIL FIL lepas kita g keje.

2019 pahit manis semoga kuat kita semua untuk masa mendatang.
Eh. macam tak banyak je aktiviti tahun ni..
Eh, ke ada aktiviti lain aku lupa???
Entahhhh..

Oh ya.. Tahun 2019 ni baru start gigih memblog semula. Sama la dengan si Ezy tu..
Kita tengok tahun 2020 ni sejauh mana kerajinan kami ni men'update' blog.. kikiki!

Psst : Selamat Tahun Baru 2020. Katanya kereta terbang kan..

Ok. Bye

4 comments:

norhidana said...

best tang yg beli rumah kedua tuh... apa pun akak doakan tahun 2020 nnti lebih baik dari tahun ini... moga segala impian tercapai

cahayahidupku.blogspot.my said...

Alhamdulillah dengan rezeki Allah SWT..
Semoga dimurahkan rezeki dgn menjaga mertua Tu..😊

Azhafizah MN said...

Alhamdulillah rezeki dapat beli rumah tu. Moga ada rezeki kita berdua menjadi ibu. Tahun 2020 anniversary ke 7 pulak kan..samalah kita :)

ezy.fia said...

selamat tahun baru cik hani!
jom la same2 kita gigih memblog.. haha