(Entry gambar luka, harap redha ye sapa2 yang tengok gambar agak memualkan ni)
Finally, up jugak entry progress luka ni. Semoga boleh jadi reference :
JUNE 2018
Masa mula mula masuk wad, MIL demam teruk.(MIL & FIL kat kampung masa tu berdua lepas baru beberapa hari balik dari rumah kami di Selangor). Masa kat rumah kami, kaki dia ok. Memang masa kat kampung tu, MIL kata dia ada minum air letak susu pekat manis. 1 tin habis seminggu minum berdua MIL dan FIL. Then MIL demam teruk, MIL tak rasa pun sakit kaki dia. Sehinggalah FIL perasan kaki MIL ada hitam2 macam lebam digigit binatang.
Lepas gi K.Kesihatan, nurse tolak dan syorkan ke Hospital sebab ni kaki ada luka kat dalam. Gi Hospital Teluk Intan, kena tahan ward masa tu one day before raya 2018. Awal pagi doktor terus belah kaki dan cucikan mana yang buruk.
Btw, MIL memang ada kencing manis, dulu makan ubat kencing manis hospital. Then stop tak makan lama, doktor suruh pakai Insulin, MIL taknak. So mungkin tak makan ubat, taknak insulin menyebabkan kencing manis tak terkawal dan effect bagi luka kat kaki la kan. Mata pun kabur2. (Faktor usia pun boleh jadi. Dah 70an kan)
20180622
Teman MIL kat hospital Teluk Intan (ber'RENDANG, berKETUPAT, berSARANG SEMUT, berSEMPERIT di hospital, hehehe)
20180614
Kaki masa first operation
Kat aku tanda tu, bahagian kaki yang nampak hitam pada mulanya. Takde bintik/luka dari luar. Nampak elok rata dari luar (cuma hitam lebam). tapi dalam dah buruk dagingnya
MIL tak rasa sakit kaki pun masa ni, kecuali demam sebab kuman ada dalam tubuh
Belah ni masa dalam bilik operation
20180623
Masa cuci kaki, doktor potong sikit lagi bila nampak nanah/buruk lain.
Masa ni doktor buat kat katil, aku tengok seriau walaupun dia ada cucuk bius masa tu
20180706
Lepas keluar wad, kami bawak FIL MIL balik selangor dengan kami. Teruskan rutin cuci kaki SETIAP HARI di Klinik Kesihatan Kapar dari June 2018 hingga hujung NOV/awal DEC 2018
20180825
View setiap hari cuci kaki di Klinik Kesihatan sini
View setiap hari cuci kaki di Klinik Kesihatan sini
20181015
Progress kaki, luka elok je merah, nampak kan sedikit mengecil dari luka asal.
OCT 2018
Lepas 4 bulan duk rumah kami, FIL lari balik rumah dia kat kampung (FIL ajak MIL sekali walaupun MIL taknak pun balik kg). Masa tu kami opkos la kat opis. Tengahari masa call dorang ada kat rumah kami lagi duk makan. Eh. kul 5petang dapat panggilan dorang dah berjaya melarikan diri balik rumah sendiri. Cuci kaki masa tu MIL pegi tumpang jiran. Weekend tu terus kami balik kampung jenguk dan paksa balik semula. FIL taknak. Minggu kedua, nahhhh masuk wad MIL sekali lagi sebab luka makin teruk. Kuman serang lagi, kaki makin parah. Minggu kedua kami balik lagi dan terus g Hospital Manjung pulak kali ni. Keluar wad, kami angkut lagi balik rumah kami.
20181015
Kaki masa masuk wad kali kedua
Yang torehan tu doktor yang toreh nak buang isi buruk
Kaki masa masuk wad kali kedua
Yang torehan tu doktor yang toreh nak buang isi buruk
Dulu masa mula-mula kena bulan Jun, kaki MIL hitam macam ni kat sisi tapak kaki, bawah buku lali.
Kaki tu makin menghitam. Sekejap je kan tak sampai 14hari dorang balik kg
20181016
Nahhhh.. Makin tambah besar luka baru.
Sebenarnya besar lagi tapi takde gambar. Gambar hilang
Boleh refer gambar bawah
20181123
Besar kan luka kali kedua warded ni..
Masa aku tengok luka kedua besar ni, aku sent gambar kat suami.
Suami terduduk terkilan sangat.
Yelaaa.. Start June - Oct (4-5 bulan) kami berdua je duk setiap hari urus makan minum, urus g cuci kaki setiap hari g K.Kesihatan.
Selama tu la kami lewat g kerja EVERY SINGLE day, bos aku bising. bos suami bising. Penat Lelah terkejar2, menunggu di K.Kesihatan, hanya yang hadap je tahu.
Bukan takat jaga kencing berak, makan minum, Yang paling susah ialah setiap hari g cuci kaki sampai effect waktu kerja/prestasi keje. Terkejar2 beratur, rebut parking, menunggu, pastu menapak kalau parking jauh.
Bos/Officemate semua sedia maklum masalah aku. Dengan rumah yang hampir 40km ke opis, boleh agak ke kul berapa kami setiap hari ke opis. (Paling awal 10pagi/paling cikai2 lewat pun pukul 11pagi). Klinik Kesihatan & Klinik 1Malaysia hanya membenarkan cuci kaki warna PAGI sahaja.
NOV 2018 - DEC 2019
Permulaan November , Kaki MIL bengkak & merah. Masa tu kami rasa macam takde harapan je. Time tu hari sabtu, kami kena g cuci kaki ke Klinik 1Malaysia, bila ke sana nurse cuci kaki, tapi dorang terus suruh rujuk ke Hospital Besar. Dari sana kami g Hospital Shah Alam (HSA) (sebab memang refer Ortopedik Shah Alam untuk follow up). Tapi tapi tak direct pergi HSA, kami g satu tempat rawatan swasta untuk luka kencing manis. Iaitu Warrisons Wound Care Centre (klinik glemer untuk luka kencing manis) mujur tak sana cuma 1-2 jam je, Dorang nak RM12 ribu untuk rawatan kaki sampai sembuh.Kami kena bawak cuci hari-hari sehingga sembuh, cuma bayar 12ribu tu je. kalau bertahun-tahun baru sembuh, memang bayaran cuma 12ribu tu je. Dorang target dalam 3 bulan sembuh. Kami ada masalah masa & perjalanan jauh untuk g cuci kaki sana. Rumah kat Klang, keje PJ, nak cuci kaki kat Puchong, ko rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Lepas kerja nak kena hadap jem dari PJ-Klang, Pastu amik mak dari Klang gi Puchong, tak sempat sebab sana bukan bukak 24jam.
Time tu aku sanggup je nak sewa Rumah lain kat Puchong kalau masih nak ON dengan rawatan tu. Aku ckp kat suami aku sanggup sewa rumah RM700 je kalau nak duduk area klinik ni kalau nak teruskan rawatan lepas kira semua perbelanjaan bulanan aku. Suami tak setuju. MIL pun taknak bila dgr 12ribu. huhuhu.
Pastu kami pergi HSA pulak lepas balik dari Puchong tu. Tapi oleh kerana hari tu sabtu, kami direct kena g kaunter pesakit luar. Ramai orang weiii.. Kami tunggu sampai siap sekitar 5jam. Kat HSA, doktor just bagi ubat matikan kuman (rendam kaki) & scan (dia kata tulang takde pape). Kami takleh jumpa Ortopedik sebab masa tu kat Kaunter Pesakit luar kan, yang handle cuma doktor biasa. Masa tu terpikir, kena potong ke nanti kesudahannya???
Kami balik rumah dengan kepenatan sangat hari tu.Sampai sekitar jam 8 malam. Makan entah ke mana. Masa kat pagar rumah, jiran India tegur (jiran ni memang baik dan selalu tolong kami jaga MIL FIL). Kami ceritakan hal ni. Jiran India ni syorkan g Klinik Swasta Kapar (tepi balas polis), dorang paksa pergi. Kami pergi sebab pikir cuma nak selamatkan kaki kali ni dari lagi teruk. Sebab kaki nampak membengkak & merah sangat. Ada something wrong ni.
Jiran India ni sampai tahap bagi kami pinjam cash beberapa ratus dan bagi kad bank dia (katanya dalam kad bank ni ada 300ratus, guna dulu nanti ada duit baru ganti, selamatkan kaki mak u dulu). TERHARU kuasa40 gitu kat dia. Aku tolak sebab segan wei, dia paksa. Daku layankan je laa...

Kaki berbau tak?
TAK kecuali masa tendon urat kaki memburuk sikit dia bau. Lepas nurse buang tendon tu, bau tu hilang. Means luka kaki ni takde bau. Kaki pun kebas je, MIL tak rasa apa dah pun
20181123
Kaki yang membengkak & merah ketika kali pertama bawak ke Klinik Swasta Kapar.
Kaki yang membengkak & merah ketika kali pertama bawak ke Klinik Swasta Kapar.
20181203
Masa kat klinik tu, doktor cakap ada kuman ni dalam tubuh mak. Mujur kami datang awal. Dia inject ubat untuk mak, then bagi antibiotik dan cuci kaki. Kos RM150 malam tu, aku guna duit Jiran India bagi, hahahaha..(tadi bukan main menolak kan???)
Sejak dari tu setiap hari g Klinik Swasta ni.
- Bayaran mula2 RM150 (inject + ubat antibiotik + cuci)
- Then, bayaran RM 70 kalau (ubat antibiotik + cuci)
- Then, bayaran RM 30 (cuci)
- Then, bayaran RM20 (bila luka kecik sikit)
Dari setiap hari, kemudian selang sehari g klinik cuci kaki, sebab dah start cuci kaki kat rumah sendiri sampai sekarang. So NO MORE masuk keje lambat. Pagi2 just masak & siapkan FIL (pampers & suap makan). Malam balik keje g cuci kaki di Klinik Swasta.
20190422
Progress masa cuci kaki di Klinik Swasta
20190422
Progress masa cuci kaki di Klinik Swasta
Progress masa cuci kaki di Klinik Swasta
20190831
Masa on mesin yang doktor perkenalkan.
Untuk lancarkan perjalanan darah kot kalau tak silap.
Masa on mesin yang doktor perkenalkan.
Untuk lancarkan perjalanan darah kot kalau tak silap.
20190831
Progress masa cuci kaki di Klinik Swasta
20191022
Progress masa cuci kaki di Klinik Swasta
JANUARY 2020 -Recent
Kami cuci kaki sendiri kat rumah. Sesekali kalau mak demam, bawak ke klinik baru kami cuci kaki kat klinik untuk tunjuk progress kat doktor. Cuci kaki pagi sebelum g keje & malam selepas balik keje)
20200217
20200217
Ada masa kaki mudah melecet, tak tahu punca tiba2 melecet.
Bahaya nya kencing manis
Ada masa kaki mudah melecet, tak tahu punca tiba2 melecet.
Bahaya nya kencing manis
20200217
20200619
Check up kencing manis, kolestrol & darah tinggi di musim PKP lepas 2x klink kesihatan tangguhkan sebab warga emas kan berisiko.
20200712
Latest. Yang tepi2 tu semua kulit keras tapi entah bila nak bercantum (a year doh tumit ni taknak tutup lagi kerrrr??).
Oleh kerana sekarang tengah guna produk Dr Wound, kami ingat nak g jumpa klinik dr would pulak lepas ni.
Oleh kerana sekarang tengah guna produk Dr Wound, kami ingat nak g jumpa klinik dr would pulak lepas ni.
Note : MIL on cucuk insulin 2x sehari/makan jaga - sepanjang luka ni.
Pssstt : Moh la kita jaga kesihatan ye... Encik Suami, u kena jaga kesihatan, i taknak masa i muda i jaga mak u, tua i kena jaga u sakit plak. U dahla besar, nanti tak bergerak kerusi roda kalau i tolak u. Tua i nak main dam haji dengan u atas wakaf. Hahahaha.. Eh bukan, nak pegi haji dengan u.. hehehe!
Ok. Bye
XoXO
15 comments:
Alhamdulillah, bertambah baik lukanya...
belah arwah ayah semua ada kencing manis, ramai kata diabetes penyakit keturunan, wallahua'lam..kena jaga kesihatan..
Semoga sentiasa dipermudahkan semua urusan oleh Allah swt. in shaa Allah. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
moga di beri kesembuhan buat mil dan fil nya... memang ngeri nengoknya tuh... laju2 akak scroll
Alhamdulillah
semoga akan pulih sepenuhnya.
Semoga bertambah baik sakitnya
Semoga dipermudahkan
aduhhhhh sy tutup sebelah mata tgk luka2 tu... alhamdulillah nmpk semakin sembuh tu...
alhamdulillah.. arap luka tu baik la skit ms lg..
mmg bahaya kencing manis ni..
umi pon ade kencing manis mmg jg makan la..
skrg ni mcm nk effect ke buah pinggang plop..
arap2 ok je umi aku tu.. huhu
Luka dah makin sembuh. dengan izinNya dan dengan kesabaran awak suami isteri. Insyallah, nnt Allah limpahkan rahmat kat korang berdua sbb jaga makbapak dgn baik..
Macam tu rupanya luka kencing manis ye Han...seram tengok. Dah hari hari ngadap mesti dah tak seram kan.... Banyaknya pahala awak suami isteri...Mmg terbaik!
Yelah ada nampak perubahan lukanya tu, dah hampir tutup tu. Kita ni kadang makan tak beringat kan...Sebelum kena tu eloklah jaga
Allahu...gigih kita baca dan belek satu persatu gambarnya dari awal sampai sekarang...
Moga cepat sembuh lukanya dan akan bertambah baik...bahaya sungguh kencing manis yang tak terkawal, moga Allah bagi ganjaran pahala kepada Han dan suami sebab berbakti kepada orang tua gini..
Allahu.. teringat arwah mak mama.. dulu pandangan Kali yg MCM ni la yg Kami Adik beradik suka tgk. Bukan apa.. suka tgk progress.. insya Allah semoga dipermudahkan urusan penyembuhan ye
Alhamdulillah kencing manis mak nina sentiasa terkawal.. dia takut jd mcm ni. Huhu
salam semua saya syor kan kalau kena kencing manis yg tinggi atau kaki luka berair akibat kencing manis cuba wasap atau call saya en mohd zuhairi bin noordin 0174687570 Insya Allah harga mampu milik kita bagi luka tu cepat kering dalam tempoh kurang pada seminggu saja..Insya Allah berkesan mana yg gula tinggi pun kita boleh kawal bg rendah balik.jom kita rawat kan dengan minuman herba ladang
Hi.. Boleh tak saya nak tau apa nama mesin yg parents kamu pakai untuk lancarkan peredaran darah tu.. Please.. Saya betul2 nak tahu sebab ibu saya juga ada luka diabetik yang susah sembuh
Post a Comment