Bersyukur seadanya

Assalamualaikum... Hai Semua...


Zaman Covid yang hidup bersama kita sekarang ni.
Banyak masalah.
Banyak dugaan.
Namun ada yang positifnya.
Ada yang "Hikmahnya"

Syukur 1 :
Adik aku yang lelaki dari 13tahun memang jarang2 boleh puasa lama kat rumah. Kebanyakkannya di asrama. Sebab takleh kembali ke Universiti, Tahun 2020 dia boleh puasa hampir penuh di rumah mak ayah. Tahun 2021, insyaAllah puasa 30hari kat rumah mak ayah. Dia seronok sangat. Kalau tak, memang puasa di Universiti la. 

Syukur 2 :
Ada yang kena WorkFromHome (WFH). Alhamdulillah. Sebab covid setahun dia boleh kerja di kampung dia sambil teman mak dia. Untung sangat kan. Selama ni kerja di KL, sebab covid 1tahun dia duduk dengan mak dia di kampung. Ya Allah .. Untungnya.

Syukur 3 :
Syukur di saat oranglain merintih menangis tak boleh rentas negeri. Suami syukur sebab MIL duduk sekali dgn kami. So tak perlu risau memang depan mata. Walaupun aku takleh balik berpuasa dengan mak ayah aku di Tganu, tetap bersyukur sebab ada adik - adik yang takleh kembali ke Universiti dan teman mak ayah aku kat rumah. Tetap penuh di meja makan.

Syukur 4 :
Sebab covid, ada yang kena buang kerja. Eh, rupanya lepas tu dia berjaya buat bisnes sendiri. Rupanya pendapatan dia makin banyak. 

Syukur 5 :
Ada staff yang kena kerja lebih masa sebab covid. Eh, rupanya bonus dia dapat banyak duit sebab performance dia bagus lepas makin mahir bekerja asbab dari kena keje lebih masa ketika musim covid ni

Syukur 6 :
Selama jadi kakitangan pejabat di luar daerah, dia tak boleh berpuasa atau kadang xsempat merasa lama beraya di rumah mak atau rumah isteri (jika selamanya PJJ). Asbab terkandas di rumah sebab covid, eh dia boleh habiskan masa dengan family dia.

Syukur 7 :
Sebelum ni boros dia berbelanja. Ketika zaman covid, dia risau dan mula berjimat. Eh, rupanya banyak hikmah dia dapat. Dia dapat saving, banyak hutang dah habis dibayar. Baru dia sedar dia bagus dalam mengendalikan kewangan famili dia.

Apa sahaja datang, Allah bagi sekali dengan hikmah dia.
Aku doakan sesiapa saja dalam kemelut, semoga Allah ringankan ujiannya. Allah kuatkan semangat, dan dipermudahkan semuanya.


Ok. Bye

4 comments:

norhidana said...

dulu orang lekeh je kami yg keje gomen, yelah bonus dptla 500 je kadang takde, tapi bila covid alhamdulillah kami masih tetap ada kerja, tetap bergaji penuh walaupun WFH sepenuhnya dirumah macam tahun lepas.

Bersyukur seadanya, walapun akak tak dapat balik kampung tapi ada 3 beradik lagi yang sambut raya dan puasa dengan mak abah akak dikampung

Alia Farhan said...

Betul.. Stiap musibah tu ada hikmahnya... Kita la kena belajar bersyukur seadanya kan.. Bt2 da click2 iklan2 sis dekat atas😜

Azhafizah MN said...

bersyukur dengan apa adanya. Disebalik kejadian tu pasti ada hikmahnya yang kita sendiri tak jangka.

Amie said...

Waalaikumussalam. Di sebalik kesusahan, ada perkara yang dipermudahkan. Syukur selalu kepada-NYa.