Seminggu berpuasa

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dah seminggu berpuasa... Alhamdulillah...
Alhamdulillah... Both my parents di Tganu dan MIL di rumah bersama kami pun masih mampu berpuasa.


So, nak abadikan kenangan menu puasa kat blog.
Tahun-tahun depan throwback lagi apa aku masak tahun ni walau dalam keadaan kelam kabut laki bini ni.. Hehehehe...


Umpama starter kit untuk puasa.
Hehehe.
Sebab kebanyakannya azan ketika otw balik rumah samada dalam kereta mahupun atas moto.
Airkotak balance dapat masa kenduri & kurma memang simpan dalam beg.
Abis air kotak, aku simpan air masak & kurma dalam beg.

Menu Day 1 (Selasa)
Sup Ayam ala cina humban cendawan sebab takde masak sayur.
Sambal Kicap
Kopi panas.

Menu Day 2 (Rabu)
Sup Bayam with cendawan & bebola
Ikan Gelama Goreng
Sambal Kicap
Teh Panas

Menu Day 3 (Khamis)
Masak Lemak Bayam
Ikan Goreng
Sambal Kicap dengan serai
Sunquick kosong ais

Moreh - Sushi Encik Suami nak makan


Menu Day 4 (Jumaat)
Encik suami nak makan masak lemak lagi. So repeat masak lagi.
Ikan Goreng & Ikan Sambal
Sambal kicap & serai


Menu Day 5 (Sabtu tak kerja)
Ikan Percik
Kacang Goreng Telur
Buah

Moreh - Sate ikan bakar sendiri.


Menu Day 6 (Ahad tak kerja)
Buat sup ikan mayong
Sambal Kicap 
Tempe goreng
Ayam Golek abang suami bagi masa melawat mak kat rumah kami
Salad & Buah2.


Menu Day 7 (Isnin)
Singgang Daging
Peria Telur & Peria goreng biasa
Tembikai
Balance ayam golek semalam.


Amboih.. Kemain tunjuk gambar makanan kat blog.
Pagi2 ni jangan main2.. Hehehe

Harap weekend je la aku boleh duk menunggu azan kat meja makan.
Hari biasa, azan berkemundang ketika kami otw balik dalam kereta atau atas motor.
Atau azan ketika kami tgh masak2 lagi.
So far masak sekitar 30 minit je. Masak simple2 je.

Bukan tak minat bazar..
Bukan rajin masak..
Cuma nak g bazar pun take time. Nak cari parking, kena beratur. Malas nak hadap especially bila dah penat balik kerja. Gerai tepi jalan pun nak parking susah ramai orang kan.
Tapi tu la, masak pun penat gak. Hehehe..
Semua penat la bagi aku yang tak bape nak rajin dan lembik ni.
Kuatnya sebab suami tolong sekali memasak. Tu je... Kihkihkih~~

Ada yang tanya, MIL berbuka macamana bila kami tak sampai rumah lagi.
MIL minum susu n mkn kurma dulu. Memang dah siapkan semua susu dan termos tepi katil dia.

Oh ye. Bukan bos bagi balik lambat. Bos bagi balik awal setengah jam. 
Bulan biasa balik 5.30.. Bulan puasa balik 5.00ptg. 
Cuma aku tunggu suami balik kerja sekaligus ambik aku. Baru balik rumah.
Dan rumah kami jauh sekitar 45km dari rumah.
Di Lembah Klang memang takde yang cepat kalau nak balik rumah. Jem rapat!
Biasa sampai rumah paling awal 7.00 malam.
Lewat pun sekitar 8.00 malam..

Psstt : Aku je ke rasa lemau je tak kira puasa ke tak.. Kurang Vitaminggggg ni.. Hehehe

Ok. Bye

7 comments:

Farrah MF said...

Selamat menjalani ibadah puasa. Kira kalau weekdays memang kena buka puasa atas jalanlah ye.

Anum said...

alhamdullilah

notie said...

Syukur walaupun simple ada rezeki di bulan puasa. Selamat berpuasa. Semuga Allah mempermudahkan balik awal sampai rumah.

norhidana said...

walaupun sampai rumah lewat sempat lagi masak tu dik oi.... menu tu walaupun simple tapi sedap dah tu...
sambal kicap tak tinggal yek...

Azhafizah MN said...

Alhamdulillah..berbuka mana yang sempat je lah kan. Saya pun tak ke bazaar. malas nak bersesak. Masak yang simple janji kenyang sudah. cepat masa berlalu dah lebih seminggu kita berpuasa :)

Alia Farhan said...

Xpa sis... Masak simple2 pun da ok kan.. Berbuka ni cari air kalau kita... Tau2 perut da penuh air ja 🤣

Amie said...

Bestnya moreh encik suami dapat makan sushi!