Kesah Raya 2024 - 4 Syawal

Assalamualaikum... Hai Semua...



4 Syawal diteruskan dengan duduk di rumah sahaja. Mak harap aku bantu2 di rumah kalau tetamu datang/kemas rumah sebab esoknya aku akan balik Selangor dah. So sad kan.. Huhuk huhuk... Kami masak tomyam je di hari tu.


Raya ke-4 ada kenduri anak sepupu kawen. Semua nak heret mak di kenduri sebab tak tahu nak sembang apa kalau mak takde. hahaha. korang macam tu tak kalau jenis tak rapat dengan sedara? Bukan gaduh, tapi memang tak tahu nak borak pe. Sebab jumpa jarang-jarang je sejak kecik. 😁


OOTD yang sepatutnya nak pakai gi Kelantan Raya ketiga. Haha
So pakai masa raya keempat gi kenduri


All bergambar sebab tunggu adik perempuan aku yang park kat lain.


Kenduri kat sini sedap sangat lauk. Ada Nasi Putih/minyak dengan gulai kerbau, ikan kering, sambal belacan & acar. Pastu ada laksa Tganu kuah merah (aku jarang jumpa di Selangor) yang super sedap. Aku makan keduanya. Haha. Bab makan kenduri memang aku win. 



Mak dan anak sedaranya (ibu pengantin)
Semalam sedara family ni ada datang.
Mak jumpa kakak dia yang uzur dalam kereta saja.


Lepas kenduri, kami jalan 1 rumah pakcik aje. Mak aku tinggal 3 beradik lagi (2P 1L). Semua yang tinggal adik beradik seibu. So, mak datang melawat abangnya.


Eh. sedap pulak kuih rumah pakcik aku


Mak dan kak ipar dia.
Masing2 anak ramai. 😁


Mak dan abangnya (pakcik aku)
Semoga Allah memelihara dan memberikan kesihatan yang baik.
Dipermudahkan semua.


Bergambar sebelum balik

Otw balik, mak mintak nak round bandar. Nak hilangkan stress menjaga suami sakit, hehe. Suami ajak gi tapau celup tepung, dan balik round2 tepi pantai.
Alhamdulillah, ayoh aku OK sepanjang mak aku g kenduri dan gi rumah pakcik aku.
Suami sakit kan, dah tentu nak isteri aje. Tak sama kalau tinggalkan dengan anak. Dia tak seronok.


Sapa lambat, habissss..


Malam tu, adik aku datang. Duk melepak makan dengan dorang.
Sebab esoknya dorang pun nak balik ke Johor, sementara aku balik ke Selangor.


Malam tu, mak ajak bergambar. Sebab mak belum bergambar dengan ayoh, dengan adik bongsu aku. So kami join la sekali. Alhamdulillah.


Kami dan parents dan si bongsu yang masih bujang.
Sorang ni aje lagi yang bujang







Keesoknya, dah kena balik Selangor.. So shedihhh  😴


Ok. Bye
XoXO

4 comments:

Time Traveller said...

Betul tu..kalau pi kenduri kendara yg sedara mara ni.. kalau tak bawa org tua mmg tak reti la nak duduk makan berborak bagai.. unless sedara yg dekat2 yg rapat2 dgn kita jer..

Carneyz said...

Eh, sama pulak perangai bila nak gi rumah saudara mesti ajak mak sekali sbb tak tau nak borak apa dgn saudara 🤣 Mak pulak jenis kenal semua orang, ada je modal dia nak berborak. Kalau kita je yg pergi, confirm 5 minit dah angkat punggung hehe. Btw, first time blogwalking ke sini. Selamat hari raya, maaf zahir & batin.

Fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Saya juga begitu kak. Kalo jumpa dengan saudara2 terutama yg dari pihak papa, langsung banyak diam. Krn tak kenal. Beda dengan pihak mama yg sering ketemu dan lebih akrab 😅

Sha Mohamed said...

Samalah.. bila jumpa saudara yang memang tak pernah atau jarang sesangat jumpa, hilang terus kosa kata.. kikiki..