Salam Raya - Team Menangis atau Team Gelak?

Assalamualaikum... Hai Semua...


Korang...
Korang kalau salam raya, korang team mana? Team MENANGIS atau Team GELAK?

Aku boleh dikatakan Team MENANGIS kot, kalau Team GELAK ada jugak time bersalam main-main. Hehe

Biasa pagi2 raya masa bersiap, aku akan buat sessi bermaafan terlebih dahulu di bilik berdua sahaja dengan suami. Masa tu memang akan menangis walaupun tak lebat.
Kalau lepas tu, ada sessi bermaafan lagi  (sessi bermaafan dgn family, dan akan bermaafan dengan suami lagi kali kedua masa tu aku dah salam biasa2 je la dan gelak2)
Kelam kabut dan bergelak ketawa je la dah kalau bermaafan ramai-ramai kan.. Hehe

Ada masa kalau sangat-sangat tak sempat sebab kelam kabut (especially time raya kg aku) memang aku bermaafan dengan suami sebelum tidor xkesah la malam raya atau malam selepas raya pertama. Kalau bermaafan sekeluarga dengan mak ayah, memang takde nangis2 la..

Sebagai contoh, untuk raya tahun ni:

Kami beraya di rumah sendiri (ada mentua-tinggal serumah), so masa raya ada aku-suami-mentua.
So, sessi kami takkan lama dan sessi salam raya aku dengan suami akan biasa2 aje. 
Bila MIL masuk bilik, baru aku buat sessi bermaafan yang sebetulnya hati ke hati (😂)
Memang laki bini dua-dua menangis jugak la sikit-sikit.
Saling memaafkan.
Saling berterima kasih.
Saling menghargai.

Tapi kami suami isteri memang setiap hari/setiap masa bermaafan jerrrr (maklumla asyik bercakaran aje. hehehe)


Korang team mana?
Cer cite

Ok. Bye
XoXO

4 comments:

Afzan said...

rasanya kami team gelak,tak pernah serius..nangis bila time gaduh je hahaha

Mama Zharfan said...

My family team gelakkk

Warisan Petani said...

Tak suka yang salam nangis2

fanny_dcatqueen said...

Team awkward kak. Karena tak biasa hahahahaha. Palingan ujung2 nya jadi gelak. Tak pernah menangis langsung. Mungkin suami saya yg akan pikir saya sakit ke sampai menangis 😂