Jumaat lepas, masa suami kat office, dia whattsap bagitahu kunci moto hilang.
Lama jugak aku menunggu dia jemput aku kat opis aku nih..
Taknak tambahkan stress kat dia aku reply whattsap mintak dia take time dan cari elok-elok.
Tak boleh bising-bising time ni, kang gaduh pulak.
Lastly, dia datang amik aku naik moto LC kawan dia.
Pinjam bawak balik rumah.
Suami duk berkira-kira entah mana tercicirnya segugus kunci dia tu..
Yang sangat merisaukan sebab roadtax attached sekali dengan kunci moto.
Suami amik tindakan locked moto dia.
Guna lock tambahan.
Dan bagitahu guard kat opis dia pasal motor yang akan ditinggalkan semalaman kat opis tu.
Pastu berserah dan tawakal semoga semuanya selamat.
Suami kata ada 2 kemungkinan kunci hilang samada di masjid masa sembahyang jumaat (dia g masjid jalan kaki dan kunci dalam poket) ataupun di foodcourt.
Sabtu, suami ke opis amik moto dia guna kunci spare yang ada simpan kat rumah.
Motor murah tapi tetap kesayangan kami
Motor 1 Malaysia katanya
Sedang molek pagi ni, lepas keluar rumah depan traffic light polis buat roadblock, cuak dah aku dalam hati membayangkan duit akan melayang nanti. Masa tu naik moto sendiri (guna kunci spare tanpa jumpa roadtax yang hilang tu)
Polis : Mintak IC, Lesen &Roadtax.
Suami pun bagi ketiga-tiga tu. Roadtax tu raodtax motor LC kawan suami yang dia pinjam tu..
Polis : Eh, roadtax tak sama dengan motor ni.
Suami : Oh, maaf cik. Ni roadtax motor kawan, pinjam motor dia hari tu. Terlupa nak tukar
Polis: Ok, takpe. Tukar balik nanti roadtax ni. dah boleh jalan.
Suami : Terima kasih cik.
Fuhh..lega.
Tup tup masa lunch tadi, suami whatssap cakap roadtax dah jumpa.
Cuba Teka Jumpa katne??
*
*
*
*
*
MASJID
Ada orang pulangkan kat AJK masjid.
Semoga Allah memberkati & pelihara siapa yang jumpa tu...
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Ok. Bye
XoXo
5 comments:
alhamdulilah... Allah permudahkan nampaknya... mesti risau sgt hubby u ilang rad tax tu... skang ni banyak nampak road block...
alhamdulillah..
nasib baik jumpe balik..
aku plop cuak bace story mu ni..
Alhamdullillah..segalanya dipermudahkan
Alhamdulillah dah jumpa balik..
Syukurla la da juga org yg baik kan jumpa kunci tu
Post a Comment