nuffnang

JANA DUIT

Berkumpul di rumah abang (Hari Malaysia) - Part 1

Assalamualaikum... Hai Semua...


Aktiviti 16 Sept & sambutan besday.

Patutnya weekend 18&19 Sept plan nak buat majlis makan-makan sambil berkumpul kat rumah abang aku di Puncak Alam.
Tapi oleh kerana abang sulung di PutraJaya kena kerja sabtu ahad, makanya kami awalkan buat pada hari Malaysia 16hb September iaitu Khamis. Bermalam semalaman dan esoknya 17hb balik ke sarang masing-masing.
Jumaat 17Sept sape2 yang kena WFH, buat je la kerja opis kat rumah abg aku tu.
Mana2 yang nak amik cuti, boleh amik cuti.
Ni kiranya berkumpul untuk geng2 yang duduk di KL/Selangor.
Nak balik Terengganu tak boleh kan.

Sakan noh.. Padahal 1 malam je kat sana.
Gigih dengan beg laptop incase bos suruh buat keje.
Beg suami sekali (padahal tak confirm suami boleh tido sana ke tak, hahaha)


16 Sept 2021 (First Day)

Plannya family abang sulung akan amik aku dan sama2 g Puncak Alam. Dorang kata nak datang awal pagi tu, so lepas solat subuh, aku tak teruskan tido.
Aku keluarkan lauk dan masak siap2 sebelum aku g rumah abang aku.
Walaupun dorang cakap tak perlu bawak makanan, tapi rasa macam tak kena plak kalau bawak tangan kosong kan.
Lagi pulak, memang aku kena masak hari tu untuk MIL dan suami, sebelum g rumah abang aku.
Boleh je dorang beli lauk kedai.
Tapi aku pilih nak masak je la sebab suami ada hal hari tu lepas balik dressing kaki MIL di klinik, takut dia tak sempat g tapaukan food untuk MIL.
Ala 2 menu je pun.

 - Ayam Masak Lemak Cili Api Tak pedas.
 - Sambal kentang bilis terung.

Menu makan tenghari untuk dibawa ke rumah abang

Kul 9pagi dorang sampai masa tu suami takde sebab dah pergi klinik.
Aku hidang siap2 nanti suami dan MIL balik, boleh terus makan. 


Hidangkan untuk MIL dan suami yang akan pulang dari klinik



Siap dengan air basuh tangan aku letak. Haaa.. bini kalau nak berjalan kan. sanggup itu ini.. Janji boleh keluar.
Sape macam aku??? Hahahaha



Aktivti kat sana :

Budak2 mandi..
Mak n pak budak duk sembang sampai masing-masing penat.

Sampai je, terus nak mandi swimming pool


Pukul 7 malam, geng lelaki bakar ayam.
Kak Ipar masak mihun.
Kak Ipar sulung masak steamboat. 
Aku? G round taman naik basikal anak sedara. Ni cari nahas? Kenapa? Sebab esoknya sakit otot.. hahaha. Balik dari naik basikal, orang dapur dah memanggil suruh tolong buat steamboat jugak.. huhuhu.


BBQ session


Menu malam
Ayam Bakar - Steamboat - Salad


Ayam bakar


Suami datang pukul 9 malam lepas bagi cucuk insulin & bagi MIL makan malam.
Urmmm.. ni kali pertama suami tinggalkan MIL sorang kat rumah 1malam.
Ala.. jarak ke rumah dalam 20-30 minit je.
Sebelum ni, memang aku sorang je pergi bermalam umah adik beradik aku.
Suami tak pernah bermalam (mesti akan balik tido teman MIL).
Kali ni suami try tinggalkan MIL kat rumah tak sampai 12jam pun. Sebab esoknya sebelum pukul 7 suami dah balik rumah kami.
(MIL boleh berjalan, boleh urus diri, boleh call, takde masalah, cuma as penjaga kami risau sebab tak pernah tinggalkan dia seorang diri waktu malam/bermalam kat lain)
Memang dah siap pesan kat india sebelah rumah, suruh tengok2 mak.

Malam tu kak ipar belikan kek sebab esoknya besday aku.
Tak sangka.
Hihihihi..Malu.. Malu ai..
Ada anak jiran jugak datang.

Masalahnya kek aiskrim dia tu sedap..
Suami datang bawak cinnamon roll order from Mamasab.


Kek aiskrim.
Thanks Kak Ina & Abg Jan belikan kek..



Suami order Cinnamon Roll

Bergambar kenangan

Makan & sembang


Enjoy the moments malam tu spent time dengan adik beradik yang duduk di KL/Selangor ni.
Ala 3 beradik je termasuk aku. Last berkumpul masa bulan puasa. Raya tak dapat melawat sebab PKP.

Bersambung ke Part 2..

Ok. Bye
XoXO

5 comments:

Ammi said...

ammi pun sekarang ni kalau kemana-mana..since PKP tahun lepas tulah mesti bawak laptop. sehari WFH takde keje..tiba2 pukul 8 malam boss whatsapp ada urgent..huhuhu.

layan jelah..dah namapun makan gaji buta seharian kan

ezy.fia said...

best kan dpt kumpul adk badik..
xlama dh lg blh blk kg.. hehe..

cik hani ni mmg pemalu.. walaupon nmpk mcm xmalu.. haha
happy birthday ye cik hani..
best smbut ramai2..

alhamdulillah.. dpt jgk mat bermlm kat umh abg mu.. walaupon kejap..
it's okay.. =')

OKje said...

Mmg bestlah kan bila adik beradik sendiri bergader gader mcm ni, wow siap ada bbq ngan steamboat. Kira complete sangat dah tu.
Mmg menantu dan isteri mithali sangat ni tau…. Bagus!

Mama Zharfan said...

bestnya dpt berkumpul....saya kat KL dua beradik jer..last berkumpul mkn2 sblm bln puasa ari tu...sibling lain sorang kat penang, selebihnya di kelantan (4 org kat kelantan)

norhidana said...

seronoknya... akak kalau dengan adik beradik dapatla kumpul 2 badik je kat selangor ni...
kira ok lah kan dapat jumpa adik badik tersyg, siap ada kek bday lagi... seronok betul
Happy belated birthday Hani