Rumah Kesayangan : Tukar botol rempah dan beli bekas minyak.

Assalamualaikum... Hai Semua...


Akhirnya ada jugak kesempatan nak seragamkan bekas2 rempah ratus.
Amik bekas yang paling murah di shoppee dan menepati citarasa.
Memang la teringin yang kaca, penutup ala-ala kayu, tapi harganya boleh tahan mahal untuk sebijik bekas ya.
Makanya rakyat marhean macam aku ni mampu cari bekas plastik je. 
Harga sekitar RM1.50 je.
Ada 2 saiz. 600ml & 400ml.
Yang 300ml mungkin aku akan beli lepas ni insyaAllah kalau masih ada rempah2 yang nak diletakkan.


600ml & 400ml
Aku ambik yang berpenutup hitam
Sedangkan ada je warna pink dan gold.
Bagusnya botol ni, senang nak lap, sebab rata xde corak2.

-SEBELUM-
Bekas campur aduk je mana yang ada.
Amik yang ada kat rumah je/kitar semula bekas2 prego

Kemudian aku beli bekas untuk isi minyak menggoreng.
Lama jugak aku duk usha bekas minyak ni.
Untuk minyak yang digunakan untuk menggoreng sekali.
Aku asingkan 2 bekas:
   1. Minyak gorengan ringan - kentang, nugget, pisang goreng
   2. Minyak gorengan berat - Ayam & Ikan
Biasanya 2kali goreng, aku terus buang minyak. Sebab tu, aku goreng akan guna minyak sederhana je, tak letak banyak2.
Minyak dah taknak guna, aku kumpul dalam satu botol.
Boleh jual/kitar semula.

So aku beli 2 bekas (RM15/pcs) untuk 1.4liter.
Besar ye. Memang muat kalau nk letak minyak gorengan.


Review Updated : Bekas ni berkarat. Tak pakai lama. Aku dah buang 1bekas.
Pastu kalau letak minyak goreng yang ada kunyit, akan tinggal kesan kuning kat tapak bekas (bekas bulat bawah tu)


Aku suka sebab ada penapis & alas bawah minyak.
Memang sangat okay

- SELEPAS-


Aku takde letak labelling untuk rempah.
Sebab aku kenal je nama rempah ratus. Hahaha
Padahal : Sebab takde bajet nak order labelling. Nak buat sendiri malas.

Sebelum ni sos - sos aku letak dalam botol plastik, kemudian aku dah malas nak pindahkan masuk dalam botol plastik.

Jadi la, deko mak - mak (walaupun aku bukan seorang mak, hahaha)
Jadila buat- buat lawa rak rempah.
Barang pun tak banyak sebab aku bukan family besar pun. Beli apa2 semua dalam pek kecik-kecik je.

Tengok lepas ni nak beli apa plak untuk kawasan dapur ni.. Hehehe

Psst : Sekarang kat tiktok dan IG, mak-mak tengah giler belikan botol kaca penutup kayu untuk pantry.. Hehehe..

Ok. Bye
XoXO

7 comments:

Mama Zharfan said...

ok dh nampak kemas tu. nice! bekas simpan minyak tu mcm menarik la plakkkk

ezy.fia said...

bestnya blh organize rempah ratus..
aku ade beli jgk kat shopee yg btol kaca skali ngn sudu..
hihi..

kemas dan comel!

Ain Athirah said...

Murahnyaaaaa 1.50! nampak kemas teratur. Paling suka lah kalau dapur bersih kemas dan teratur

norhidana said...

Wahhh terus nampK cantik tersusun dan kemas tempat rempah tu, akak nak beli tempat minyK asik lupa je

Abe Mat said...

Cantek dapur awak nanti. Masak best best la untuk encik suami kan...

Fadzillah said...

Nampak cantik dan kemas dengan bekas2 rempah yang comel.

Azhafizah MN said...

Cantik bila semuanya seragam. Bekas kaca penutup kayu tu memang mahal. Nak murah mostly dari China. Tapi risau pulak beli jauh jauh takut pecah. huhu