Kereta - downgrade sport rim ke size 15 jerrr

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kereta mintak nyawa.

2hari lepas kereta tayar belakang pancit.
Suami kerja Isnin naik moto. Aku WFH.
Selasa, aku kena kerja. 
So, aku naik moto la g keje dengan suami.
So, rabu pagi2 kami g tukar tayar baru.
Nak kena cepat tukar tayar sebab nanti nak kena bawak MIL ke klinik dressing luka kencing manis.

Eh, rupanya banyak benda kena tukar.

1. Kesemua 4 tayar dah botak. Yelaaa.. dah lama tak tukar tayar baru.
2. Tukar minyak hitam.
3. Tukar minyak gear.
4. Aku buat keputusan tukar sport rim lain (secondhand) 

Dulu aku pakai size 16.
So, tayar untuk size 16 sekitar RM250 sebijik.
Biasa memang cecah RM1000 kalau tukar 4tayar untuk sebuah kereta ni.

Sebenarnya dah lama decide nak tukar rim kecik sikit iaitu 15.
So, kali ni kami sepakat nak downgrade size rim dari size 16 kepada size 15.

Kalau tayar size 15 boleh dapat dengan harga RM160 je.
So, boleh jimat kat situ.

Bangun pagi, suami tukarkan tayar pancit kepada tayar spare. Then pegi kedai kat area rumah ni tutup pulak kedainya.
So, kami gerak je la sepanjang2 jalan tu cari kedai kereta lain.
So, jumpa la satu kedai ni.

Kedai besar, staff ramai, rupanya kereta pun banyak.
So agak lambat sikit la siap.
Aku lapar pegi tapau makanan.
Kami makan berdua kat tepi kedai moto sebab kedai makan tu tak boleh dine-in.

" Korang baru 1 dos vaksin ke tak boleh makan kat kedai?" tegur staf kedai moto.

"Eh.. takde la. Kedai makan ni memang buat servis tapau je. Kami servis kereta sini, so panas nak jalan kaki ke kedai lain. So tapau kedai kat sini dan makan je tepi2 sini la"


Oh ye.. 
Sport Rim amik yang design sama. Cuma size je berbeza. Lagipun takbanyak pilihan untuk secondhand. Nak amik yang baru, paling murah pun RM800.
Trade in sportrim lama RM300.
Sport rim secondhand yang baru size 15 ni harga RM450.
So, cuma bayar RM150 je la sebab trade in yang lama.
Pastu beli semua tayar Continental yang baru.

Sport Rim 16

Buruk dan banyak calar, banyak kemek.
Dah 12tahun kot (dgn owner lama + dgn aku)

Sport Rim 15
Sama design dan warna

Kedai di Klang



Total semua RM1266.
Tukar 4 tayar baru, tukar sportrim size 15, buat alignment,tukar minyak hitam dan tukar minyak gear.

Tukar minyak hitam - RM160
Valve - RM 40
Tukar minyak gear - RM220
Sport rim - RM150 (lepas trade in)
Tayar baru - RM 165/sebijik
Alignment - RM16
OilFiletr - RM160
Gas dalam tayar - RM20.

Lebih kurang la..

Takpe la.. Harapnya takde rosak2 major ye...
Kereta cari rezeki.
Kereta bantu bawak MIL g klinik dressing luka..
Kereta bantu balik kampung jumpa parents..

Sesekali kalau kereta mintak duit, memang koyak jugak poket kite...
Hehehe..
Kereta sebijik pun semput nak jaga...

Ok. Bye
XoXO

7 comments:

norhidana said...

takpelah sesekali kita buat dia cantik semula, habis kita dah kerah dia tiap hari...

dah tukar tu rasa lega dan doa janganla rosak lagi kan...

Azhafizah MN said...

Fuhh..bila kereta mintak nyawa sekali pasang semua semua mahu pengsan tengok sekali habis. Tapi bila fikir fikir demi keselamatan dan tak nak menanggung risiko lain rosak lebih teruk, ada baiknya juga tukar apa yang perlu. Nampak baru terus dengan kasut baru. Silau dari jauh :)

Warisan Petani said...

Dah boleh jalan jauh2lah lepas ni

ezy.fia said...

sama size dh ngn sportrim kete aku.. hihi..
so blh jimat skit bhgian tayar..

sesekali kete mtk adiah..
mmg parokss! xpela kete cr rezeki.. hehe

Mama Zharfan said...

maintenance keta memang sgt costly tp terpaksalaaa sbb keta kan ibarat kaki (espcially i memang tak de motor and tak reti bawak motor pun)
moga2 kita semua sentiasa dimurahkan rezeki...aamiin

Amie said...

Begitulah adanya kalau kereta dah minta nyawa heheheee.
Dah dapat nyawa, tuannya pun senang hati dan gembira.

Ann Ishak said...

kereta kalau dah mula buat drama memang akan pitam dengar kosnya.
tapi kalau dah itu keperluan, kena jugak dibaiki kan.
semoga ada lagi rezeki lain selepas ini.