Throwback : Cat bilik MIL January 2021

Assalamualaikum... Hai Semua...


Masa arwah FatherInLaw (FIL) masuk hospital dulu sekitar 2 minggu January 2021, aku kemas bilik sebab nak ingat FIL akan balik semula lepas sihat.
Masa arwah ada, takleh nak kemas besar-besaran sangat sebab arwah terlantar je kan. Takkan nak tolak katil ke sana sini, nak alih itu ini kan... 
So, bila FIL masuk wad, aku kemas bilik.

Rupanya FIL dah xde balik rumah ni lagi lepas masuk hospital tu, FIL meninggal 17 Januari lepas 18hari di wad hospital.

Seminggu lepas meninggal, MotherInLaw (MIL) plan nak alih kedudukan katil sebab nak bagi bilik lebih luas.
So aku mintak suami cat terus bilik tu.
Cat warna asal iaitu PUTIH.


-SEBELUM-
Katil duduk sebelah-sebelah


Start cat dinding


-SELEPAS-
Katil susun L shape


Deretan ubat/keperluan letak sebelah katil
Katil masih dua, MIL gilir2 nak tido katil mana pun ikut suka.
Umpama bilik asrama, tapi ko takde roomate.
Hehehe

Kerusi malas maintain kat situ
Plastik biru di kepala katil tu, untuk balut kaki MIL setiap kali g bilik air.
Luka kaki kencing manis tak boleh kena air.
Kotak biru bawah katil, aku letak segala ubat dressing kaki.

TV masih hang kat dinding untuk jimatkan ruang


Semua barang arwah, aku biarkan MIL tentukan samada nak buang atau simpan.
MIL amik keputusan nak simpan barang arwah, kecuali kain lapik kencing dan baju2 buruk yang kena klorok atau comot kesan makanan yang bila basuh tak tanggal je kami buang. So, aku tolong la MIL simpan2 barang arwah dalam box (letak dalam bilik semula)


Kami just cat bilik dan tukar kedudukan katil.
Dulu 2 katil duduk sebelah menyebelah.
Sekarang katil letak dalam bentuk L-shape.
Katil arwah FIL masih ok walaupun tak berapa baru, so kami tak buang.
Kami cuma buang tilam je.

Bilik takde kemas sangat pun, aku kemas mana yang perlu je.
Aku suruh MIL simpan sendiri barang dia kat mana yang dia senang nk ingat dan nak capai.
Sebab aku keje, so MIL akan sendirian kat rumah.
So, akan senang dia nak uruskan diri dia sendiri di rumah.

Psst : Ada bilik di rumah, kelebihan untuk letak orang sakit dalam bilik. Takde bilik di rumah, letak la orang sakit di ruang tamu (macam ayah aku dulu jaga tokki). Pucuk pangkalnya kita nak atau taknak aje jaga orang sakit. Kalau taknak, kita akan cipta 1001 alasan kesusahan kita, dan nampak 1001 kesenangan oranglain untuk menjaga orang sakit.

Ok. Bye
XoXO

5 comments:

ezy.fia said...

teringat plop kat poli sebilik ngn mu..
katil kita susun bentuk L.. haha

yg penting bilik kemas dan selesa utk MIL mu..

Mama Zharfan said...

bestnya sbb ada MIL dok sama2....
i really miss my mom :( tak tahu bila dpt balik kg

norhidana said...

lengkap semua ya, tv tu wajib ada kalau tak sunyi lah dia kan... dahla sorang duduk kat rumah...
kalau tv kat ruang tamu penat lak dia nak jalan jauh sikit... ini selesa

Azhafizah MN said...

Nampak lagi luas bilik bila susun L shape tu. Senang semuanya tersusun memudahkan mil untuk ambil barang barang. Saya pun ada buat susun atur dan cat semula bilik. Kononnya nak memudahkan urusan wan keluar masuk bilik dan lebih luas ruang solat. Tapi tak sempat uwan nak rasa suasana bilik baru. Uwan meninggal masa kat kampung. T_T

Amie said...

Alhamdulillah. Syukur berpeluang tinggal bersama MIL. Allah beri rezeki untuk berbakti selagi hayat dikandung badan.